Bekas lans koperal polis, Muhammad Fazrul Fauzi, 30 (tengah) dipenjara 20 tahun dan 15 sebatan kerana merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugut pelajar perempuan dalam tandas lelaki tahun lalu. - Foto SADDAM YUSOFF
Bekas lans koperal polis, Muhammad Fazrul Fauzi, 30 (tengah) dipenjara 20 tahun dan 15 sebatan kerana merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugut pelajar perempuan dalam tandas lelaki tahun lalu. - Foto SADDAM YUSOFF
Sarah Zulkifli


Petaling Jaya : Seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal dipenjara 20 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugut seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di tandas lelaki tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Fazrul Fauzi, 30, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang pernah bertugas di Balai Polis Kota Damansara itu menjalani hukuman berkenaan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap atas pelajar kolej yang ketika kejadian berusia 18 tahun 11 bulan dalam tandas lelaki Dataran Sunway, Jalan PJU 5/13, dekat sini, antara jam 1 pagi dan 1.45 pagi, 27 Januari 2015.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Muhammad Fazrul turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kepada mangsa untuk dibuang kolej dan ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM500 dan mengadakan persetubuhan pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 3:17 PM