ORANG ramai hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching. FOTO Aizuddin Saad
ORANG ramai hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching. FOTO Aizuddin Saad
Shamran Sarahan


Petrajaya: Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, 10.58 pagi tadi untuk dimandikan dan dikapankan.

Allahyarham dibawa menggunakan van jenazah dari kediaman di Santubong, di sini, diiringi ahli keluarga dan sanak saudara, selain beberapa Menteri Kabinet Sarawak.

Kira-kira 5,000 orang awam turut hadir sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap pemergian Allahyarham.

Solat jenazah akan dilakukan selepas Zuhur. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di Jalan Sultan Tengah, di sini.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, 1.20 tengah hari semalam kerana kompliasi jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 11:46 AM