Penduduk berkumpul di depan KK Times Square, Kota Kinabalu selepas gegaran selama kira-kira 10 saat dirasai. - Foto DATU RUSLAN SULAI
Penduduk berkumpul di depan KK Times Square, Kota Kinabalu selepas gegaran selama kira-kira 10 saat dirasai. - Foto DATU RUSLAN SULAI
Orang ramai berkumpul di kawasan parkir kereta bangunan Wisma Persekutuan Sandakan selepas gegaran petang tadi. - Foto POLIANA RONNIE SIDOM/HAZSYAH ABDUL RAHMAN
Orang ramai berkumpul di kawasan parkir kereta bangunan Wisma Persekutuan Sandakan selepas gegaran petang tadi. - Foto POLIANA RONNIE SIDOM/HAZSYAH ABDUL RAHMAN
BERNAMA

Kota Kinabalu: Bomba Sabah menerima 97 panggilan kecemasan selepas gempa bumi 7.3 pada skala Richter yang berlaku di Sulawesi Tengah, Indonesia, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata sejurus menerima panggilan pertama pada 2.27 petang, pihaknya menggerakkan anggota untuk melakukan pemantauan di beberapa kawasan.

"Antara kawasan yang dipantau ialah Wisma Wanita, Jalan Tuaran- Kota Kinabalu, Kompleks membeli belah Wawasan Plaza, Bangunan Innoprise, Kota Kinabalu, bangunan Telekom Malaysia Bhd, dan Jalan Tunku Abd Rahman.

"Kawasan lain yang dipantau ialah Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, Bangunan Bank Negara, Kota Kinabalu, bangunan Yayasan Sabah dan bangunan Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pemantauan mendapati tingkat tujuh bangunan Pejabat Pos Besar, Kota Kinabalu, mengalami sedikit keretakan dan pemeriksaan lanjut dilakukan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan bangunan itu selamat diduduki.

Gegaran yang dilapor berlaku kira-kira 2.13 petang itu turut dirasai penduduk di sini, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Beluran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 9:53 PM