JELI buah naga yang sedia dihidangkan kepada tetamu.
JELI buah naga yang sedia dihidangkan kepada tetamu.
BAHAN-BAHAN diperlukan serbuk agar-agar, gula putih, air, oren dan buah naga.
BAHAN-BAHAN diperlukan serbuk agar-agar, gula putih, air, oren dan buah naga.
1. MASAK agar-agar putih bersama air sehingga mendidih.
1. MASAK agar-agar putih bersama air sehingga mendidih.
2. MASUKKAN air buah oren dan kacau sehingga agar-agar masak.
2. MASUKKAN air buah oren dan kacau sehingga agar-agar masak.
3. TAMBAHKAN buah naga ke dalam agar-agar tadi.
3. TAMBAHKAN buah naga ke dalam agar-agar tadi.
4. TUANGKAN ke dalam bekas dan biarkan sejuk seketika.
4. TUANGKAN ke dalam bekas dan biarkan sejuk seketika.
5. HIAS dengan kepingan coklat di atasnya.
5. HIAS dengan kepingan coklat di atasnya.
Siti Zarinah Sahib

Manisan antara hidangan yang sering dihidangkan selepas menikmati makanan utama. Manisan menarik mampu menjadi daya tarikan terutama bagi yang menikmati hidangan di hotel atau restoran. Selain kuih-muih tradisional, antara yang mudah disediakan ialah jeli buah-buahan.

Menurut Elmiry Johnny Balan dari Hotel RHR Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kajang, menyediakan jeli yang enak tidaklah sesukar mana. Apa yang penting ialah bahan digunakan dan cara menyediakannya.

“Jeli antara manisan paling mudah disediakan. Hanya menggunakan serbuk agar-agar putih ia pasti menjadi. Selebihnya ialah buah-buahan sebagai penambah perisa dan memberikan sentuhan hiasan yang menarik kepada pelanggan,” katanya.

Memasak jeli juga tidak boleh terlalu lama kerana ia akan membuatkan jeli menjadi keras. Sebaliknya hanya biarkan agar-agar cair kemudian angkat apabila sudah sekata.

Untuk pembaca Hati Harian Metro, Elmiry menunjukkan langkah demi langkah menyediakan jeli.

BAHANNYA:

• 10 gram serbuk agar-agar putih

• 1/2 cawan gula putih

• 10 cawan air

• 1 tin buah oren

• 1/2 biji buah naga

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 12:57 PM