Onde-Onde Berinti Teh Tarik
Onde-Onde Berinti Teh Tarik
MARIGOLD

Siapa sangka kuih tradisi akan menjadi lebih sedap dengan menggunakan Krimer Manis MARIGOLD? Cuba resepi ini untuk hidangan berbuka puasa atau pencuci mulut

Onde-Onde Berinti Teh Tarik

• Masa penyediaan: 1 jam

• Masa memasak: 30 minit

• Hidangan: 10

Bahan-bahan untuk inti teh tarik:

• 2 sudu besar serbuk teh

• 5 cawan air

• 1 tin Krimer Manis MARIGOLD

• 1 cawan gula

• 8 sudu besar serbuk gelatin sayuran

Bahan-bahan untuk onde-onde:

• 2 cawan tepung pulut

• 2 cawan air

• 5 helai daun pandan

• 2 cawan kelapa parut

• 2 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Inti teh tarik

1.Bancuh serbuk teh dengan 4 cawan air dan didihkan selama 3 minit. Tutup api dan biarkan teh selama 10 minit.

2.Sementara menunggu teh kembang, campurkan serbuk gelatin sayuran dengan lebihan air untuk melarutkan gelatin.

3.Tapis serbuk teh daripada teh dan tambah Krimer Manis MARIGOLD dan gula. Reneh teh selama 15 minit sehingga ia menjadi teh pekat.

4.Cairkan gelatin di dalam ketuhar gelombang atau atas periuk bertingkat dan kemudian tambah teh. Bekukan teh tersebut di dalam peti sejuk.

5.Keluarkan dari acuan agar-agar teh tarik dan ketepikan.

Onde-onde

1.Kisar daun pandan dengan 2 cawan air dan toskan

2.Satukan jus pandan dengan air pada tepung. Uli sehingga sebati.

3.Potong agar-agar teh tarik menjadi kepingan kecil. Ambil sedikit doh onde-onde dan leperkan. Letak beberapa keping agar-agar teh tarik di tengah dan gulung doh seperti bola.

4.Masukkan onde-onde ke dalam air mendidih dan masak sehingga onde-onde terapung di permukaan.

5.Golekkan onde-onde di atas kelapa parut yang dicampur dengan garam sehingga ianya betul-betul bersalut sebelum dihidang.

Tip Chef:

• Jika doh onde-onde kering dan menjadi keras ketika diuli, percikkan sedikit air ke atas doh dan letak sedikit tepung di tangan anda sebelum menguli semula.

MARIGOLD Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)
MARIGOLD Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)

MARIGOLD Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)

Dibuat daripada bahan-bahan terpilih, Krimer Manis MARIGOLD memberikan khasiat kebaikan kepada minuman kegemaran anda. Nikmati sentuhan tambahan yang penuh dengan kekayaan, untuk rasa lebih lazat, lebih berkrim. Ia tanpa kolesterol, diperkaya dengan vitamin A, D dan B1. Dilengkapi dengan penutup yang mudah dibuka (500g). Tidak sesuai untuk bayi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 7:35 AM