FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 315 saman dalam operasi bersepadu bermula Rabu lalu hingga 12 tengah malam tadi.

Selain itu, JPJ turut menyita enam kereta klon.

Pengarahnya, Mahassan Mustapa, berkata operasi itu diadakan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Katanya, dalam operasi itu juga, pihaknya memberikan penumpuan kepada bas ekspres dan pemandunya.

"Pemeriksaan dilakukan di terminal bas utama negeri di Lembah Sireh dan 60 bas diperiksa oleh JPJ serta dua saman dikeluarkan membabitkan kesalahan teknikal iaitu tayar yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan terhadap kesemua pemandu bas ekspres mendapati mereka bebas kesalahan saman trafik dan boleh saya katakan pemandu bas di negeri ini mematuhi peraturan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan susulan kemalangan di lebuh raya PLUS, dekat Kampung Jayor, Pagoh, Johor, yang mengakibatkan 14 maut manakala 16 lagi cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 12:13 PM