HAZARD (kanan) diasak pemain Bournemouth.
HAZARD (kanan) diasak pemain Bournemouth.
AFP

London: Antonio Conte menegaskan fokusnya adalah kejuaraan Liga Perdana Inggeris bukannya melihat Chelsea melakar satu rekod baharu kemenangan berturut-turut dalam liga.

Kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth kelmarin mencipta rekod baharu kelab 12 kemenangan berturut-turut aksi liga, kurang satu daripada rekod semusim Arsenal 14 tahun lalu.

Jika menang ke atas Stoke di Stamford Bridge hujung minggu ini bakal mencetus kemungkinan pasukan Conte memecah rekod itu di Tottenham Hotspur.

Conte bagaimanapun berkata, apa yang lebih difikirkannya adalah impak dalam carta yang menunjukkan Chelsea jelas di tangga pertama.

“Jika anda tanya saya, saya harap dapat terus mengekalkan kemenangan hingga ke hujung musim, tapi sudah tentu ia tidak mudah,” ujar Conte.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 6:27 AM