Keadaan trafik lalu lintas di Lebuhraya Plus berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh menghala Kuala Lumpur yang mula bergerak perlahan, awal petang tadi. - Foto SADDAM YUSOFF
Keadaan trafik lalu lintas di Lebuhraya Plus berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh menghala Kuala Lumpur yang mula bergerak perlahan, awal petang tadi. - Foto SADDAM YUSOFF
Aliran trafik sekitar jam 12 tengah hari Lebuhraya Karak dari timur menghala Genting Sempah. - Foto MOHD YUSNI ARIFFIN
Aliran trafik sekitar jam 12 tengah hari Lebuhraya Karak dari timur menghala Genting Sempah. - Foto MOHD YUSNI ARIFFIN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju Kuala Lumpur berikutan pertambahan jumlah kenderaan sejak tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan lebuh raya perlahan sejak 11.30 pagi tadi dan keadaan trafik dijangka meningkat petang ini.

"Antara kawasan mengalami kesesakan termasuk Sungai Perak menuju Jelapang, Jawi ke Bandar Baharu, Seberang Jaya menuju ke Juru dan dari Bertam ke Sungai Dua di Pulau Pinang.

“Dari selatan, trafik bergerak perlahan dari Bidor ke Slim River, Senawang ke Port Dickson, Nilai ke Bandar Ainsdale dan Senai ke Kulai," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan hanya kawasan Bentong menuju ibu kota dan Genting Sempah ke Tol Gombak berlaku kesesakan .

"Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 dilaporkan lancar," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 4:23 PM