Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengambil keputusan PT3 yang diumumkan hari ini. FOTO Sharul Hafiz Zam
Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengambil keputusan PT3 yang diumumkan hari ini. FOTO Sharul Hafiz Zam
Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Tujuh pelajar Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah, Alor Setar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan hari ini.

Mereka adalah antara 214 pelajar yang mengambil keputusan bermula jam 10 pagi tadi di sekolah berkenaan.

Daripada jumlah itu, enam pelajar memperoleh keputusan 10A dalam semua subjek yang diambil manakala seorang memperoleh keputusan 9A.

Seorang pelajar, Nurhuda Aiman Mohd Ramzani, 15, yang memperoleh keputusan 10A tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang kerana sebelum ini dia hanya mensasarkan 7A.

Katanya, bagaimanapun dia bersyukur kerana usahanya selama ini berbaloi dan berterima kasih kepada semua guru dan ibu bapanya yang tidak jemu memberi sokongan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 12:47 PM