Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim yang mendapat keputusan cemerlang bergambar kenangan dengan guru. FOTO Mary Victoria Dass
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim yang mendapat keputusan cemerlang bergambar kenangan dengan guru. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) mencapai keputusan cemerlang 10A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.

Pengetua sekolah berkenaan, Afrinah Mohd Ikhsan berkata, seramai 25 pelajar mendapat keputusan 9A dan 1B.

Menurutnya, sekolah berkenaan mencatatkan peratus kelulusan 98.78 peratus dan gred purata 1.55.

"Pencapaian pada tahun ini meningkat termasuk bilangan pelajar cemerlang meningkat kepada sembilan berbanding lapan pada tahun lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 12:10 PM