ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi itu. FOTO ihsan Jabatan Imigresen
ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi itu. FOTO ihsan Jabatan Imigresen
Nur Izzati Izzah Nadzi


Shah Alam: Jabatan Imigresen Selangor menahan 123 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Ikrar di tapak pembinaan di sekitar bandar raya ini, bermula malam kelmarin hingga pagi tadi.

Penolong Pengarah Imigresen negeri, Jaimin Sumpit berkata, pihaknya menyerbu asrama yang dihuni warga asing itu, kira-kira 10 malam tadi.

"Kita memeriksa 800 warga asing dan 123 daripadanya ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen sah dan menetap di negara ini melebihi tempoh ditetapkan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 70 warga Indonesia, 47 warga Bangladesh dan enam warga Myanmar berusia antara 18 hingga 45 tahun," katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen negeri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Kata Jaimin, pihaknya akan turut mengesan dan mengambil tindakan ke atas pemilik syarikat tapak pembinaan berkenaan kerana tindakan melindungi PATI.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 3:05 PM