ANTARA pendatang asing tanpa izin yang ditahan. FOTO ihsan Jabatan Imigresen Selangor
ANTARA pendatang asing tanpa izin yang ditahan. FOTO ihsan Jabatan Imigresen Selangor
Iskandar Shah Mohamed


Shah Alam: Jabatan Imigresen Selangor menahan 169 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melakukan pelbagai kesalahan di pusat beli belah di Bandar Sunway, Petaling Jaya, semalam.

Serbuan dijalankan 90 pegawai dan anggota Ketua Unit Penguatkuasanya, Jaimin Sumpit, bermula 5.30 petang hingga 8.30 malam tadi.

Jaimin berkata, operasi khas kali pertama dijalankan di premis itu hasil aduan awam mengenai kewujudan warga asing yang bebas bekerja di kawasan berkenaan.

"Berikutan itu, kita menjalankan pemeriksaan ke atas 300 warga asing dan mendapati 169 daripada mereka melakukan kesalahan Imigresen.

"Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 39(b), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan menjalankan operasi seumpama itu secara berterusan dan menggesa menggesa semua majikan segera mendaftar Pati dengan Program E-Kad dan Program Rehiring.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 2:09 PM