IHSAN pembaca Harian Metro
IHSAN pembaca Harian Metro
Aizat Sharif


Kangar: Remaja maut apabila motosikal dinaiki bersama rakannya langgar belakang kereta di KM1.5 Jalan Dato Wan Ahmad, dekat Denai Pengkalan Assam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata kemalangan berlaku dalam hujan, pada 2.50 petang.

Katanya, remaja yang menaiki Honda EX5 sedang menghala ke Alor Setar dari Kangar.

Menurutnya, penunggang gagal mengelak Toyota Vios yang sedang memperlahankan kenderaannya kerana terdapat kereta di depan berhenti untuk membelok ke kanan.

“Penunggang kemudian langgar belakang Toyota Vios mengakibatkan dia dan pembonceng tercampak,” katanya.

Menurutnya, mangsa dikenali Muhammad Dzaril Naem Zansulzuraizam, 16, Kampung Bohor Janggus, Jalan Wang Ulu Bintong, Kangar.

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

“Rakannya, Adil Nurfaiz Rosmi. Berusia 16 tahun, dari Lorong Temenggong, Jalan Raja Syed Saffi, Kangar.

“Pemandu Toyota Vios, Tang Cheng Keow, 40, tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 9:13 PM