KEADAAN  bas persiaran yang  terbabas ke bahu jalan.
KEADAAN bas persiaran yang terbabas ke bahu jalan.
Aizat Sharif


Padang Besar: Hajat 38 penumpang bas persiaran ingin melancong dan membeli-belah di Padang Besar bertukar insiden mendebarkan apabila bas dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan di Kilometer (KM) 22.8 Jalan Kangar-Padang Besar, semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mereka bernasib baik apabila hanya lapan penumpang cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.

Ketua Polis Daerah Superintendan Rizani Che Ismail berkata, bas persiaran membawa rombongan penumpang dari FELDA Bukit Waha, Kota Tinggi Johor menuju ke Padang Besar untuk melawat kawasan berkenaan sambil membeli-belah.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan lapan penumpang bas yang cedera ringan dan terseliuh dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 10:16 AM