HAIQING (kanan) menari bersama bapanya dalam majlis ‘perkahwinan’ mereka. - Agensi
HAIQING (kanan) menari bersama bapanya dalam majlis ‘perkahwinan’ mereka. - Agensi
Agensi

Tai’an, Chin: Ibu bapa seorang budak perempuan berusia enam tahun yang kini sakit tenat melangsungkan majlis perkahwinan impian anak mereka di sebuah hospital di sini dengan bertemakan alam fantasi.

Pada majlis yang berlangsung Rabu lalu itu, Shi Haiqing berjalan menuju ke arah putera impian dalam upacara perkahwinan mereka.

Putera impian itu sebenarnya bapanya sendiri.

Haiqing memakai kostum watak Snow White manakala bapanya memakai baju seperti putera raja dalam majlis yang berlangsung di dalam wad sebuah hospital di Tai’an di wilayah Shandong.

Portal People’s Daily Online melaporkan, bapa Haiqing, Shi Xinzhan tidak pasti sama ada anak kesayangannya itu akan membesar untuk merasai majlis perkahwinan impiannya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 5:20 AM