ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
ANTARA rekaan terkini yang ditampilkan.
GAYA sesuai ke majlis istimewa.
GAYA sesuai ke majlis istimewa.
TAMPAK menarik ke majlis makan malam.
TAMPAK menarik ke majlis makan malam.
PAKAIAN lelaki turut ditampilkan.
PAKAIAN lelaki turut ditampilkan.
PAKAIAN lelaki turut ditampilkan.
PAKAIAN lelaki turut ditampilkan.
ANTARA pereka muda yang terbabit dalam acara pentas peragaan itu.
ANTARA pereka muda yang terbabit dalam acara pentas peragaan itu.
Hajahfarhana Tarmudi


Usaha mengangkat idea pereka muda tanah air ke peringkat yang lebih tinggi berjaya dilaksanakan dalam satu acara penuh meriah, Malam Fesyen KL 2017 yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Gabungan rekaan lima pereka muda itu ditampilkan secara eksklusif pada acara pentas peragaan itu sekali gus menjadi satu platform bagi mengetengahkan idea rekaan yang terkini.

Masing-masing mewakili label sendiri seperti Elrah Exclusive, Leeyana Rahman, Fatin Suhana, Bella Ammara dan Nur Aishah.

Peluang yang terbuka kepada pereka muda itu juga dapat menggalakkan persaingan sihat untuk menempatkan diri masing-masing setanding dengan pereka fesyen terkemuka di samping menarik minat mereka menceburi dunia perniagaan.

Malah, gabungan lima nama pereka muda itu sedikit sebanyak menunjukkan industri fesyen berkonsepkan pakaian Muslimah semakin mendapat perhatian pencinta fesyen tanah air terutama pengguna laman sosial yang sering mahukan gaya pilihan terkini.

Rata-rata rekaan yang ditampilkan berkonsepkan urban dan kontemporari, namun tampak menarik serta sesuai digayakan wanita di negara ini kerana ia masih mengekalkan ciri ketimuran.

Rekaan yang sesuai digayakan semua golongan itu ditawarkan pada harga mampu milik. Acara berkenaan turut mendapat rundingan daripada Jakel Wholesale Malaysia yang menjadi sumber kepada pereka muda berkenaan untuk mendapatkan fabrik bersesuaian dengan rekaan yang ditampilkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 5:02 AM