Wajah Yuna di New York. FOTO YZ
Wajah Yuna di New York. FOTO YZ
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna, 30, mengakui sangat teruja apabila fotonya terpampang di lokasi ikonik, Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Penyanyi Crush itu dipilih syarikat terkenal NASDAQ yang memaparkan ikon muzik menerusi papan iklan gergasi (billboard) di premis tumpuan berkenaan sempena projek istimewa organisasi terbabit.

"Saya bangga menjadi pilihan NASDAQ. Gambar saya akan dipaparkan untuk jangka masa tertentu namun saya tidak pasti sampai bila.

“Ia satu lagi pencapaian yang manis namun tak pasti jika saya penyanyi pertama Asia mendapat peluang ini. Apa yang pasti pemuzik yang terpilih menghiasi billboard ini bukan calang-calang seperti The Chainsmokers,” kata Yuna sewaktu ditemui di pelancaran kolaborasi koleksi skaf dan tudungnya.

Dalam perkembangan lain, Yuna yang berpangkalan di Los Angeles akan banyak berada di sini untuk menjayakan beberapa persembahan di sekitar Asia.

Antara lokasi yang bakal dikunjunginya adalah Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 7:01 PM