YUNA antara penyanyi yang berkolaborasi dengan Epik High dalam album baru kumpulan itu berjudul Sleepless In. FOTO Arkib NSTP
YUNA antara penyanyi yang berkolaborasi dengan Epik High dalam album baru kumpulan itu berjudul Sleepless In. FOTO Arkib NSTP
Georgie Joseph


PENYANYI Yunalis Zarai atau Yuna dan anggota BTS, Suga diumumkan antara penyanyi yang berkolaborasi dengan artis Korea Selatan, Epik High dalam album baru kumpulan itu berjudul Sleepless In.

Yuna, 32, berkongsi berita gembira itu di Twitter dan ‘retweet’ pengumuman rasmi senarai penuh penyanyi terbabit yang dibuat anggota Epik High, Tablo.

Penyanyi Crush itu cuma memberikan emoji berbentuk hati dan bersyukur.

Terdahulu, Epik High mengumumkan senarai penyanyi yang berkolaborasi dengan mereka termasuklah Sunwoojunga, Crush dan Code Kunst sebelum nama Yuna serta Suga diumumkan.

Kumpulan itu bakal melancarkan album Sleepless In pada 11 Mac sebagai pendahuluan kepada siri konsert jelajah mereka akan datang yang dilangsungkan sekitar Eropah dan Amerika Utara.

Epik High akan memulakan siri jelajah itu di Berlin, Jerman pada 13 Mac sebelum ke enam lokasi lain di Eropah.

Kemudian, trio berkenaan akan ke Amerika Utara pada 1 April.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 7:07 PM