ELIZAD. FOTO Rohanis Shukri
ELIZAD. FOTO Rohanis Shukri
Syanty Octavia Amry


Bukan niat menurut jejak langkah rakan pelakon yang lain menjadi penyanyi, sebaliknya Elizad Sharifuddin, 32, akui minat nyanyian itu sudah bersarang dalam dirinya namun baru sekarang mampu direalisasikan.

Selepas selesai program realiti Gempak Superstar dan muncul juara, keinginan Elizad semakin kuat untuk tampil dengan single berjudul Haiyaya.

Lagu pop moden ciptaan Omar K, Ezra Kong dan Faizul AF mengenai seseorang yang mempunyai impian dan ingin mengejar cita-citanya sehingga berjaya itu secara tidak langsung ada kena mengena dengan diri Elizad sendiri.

“Saya gembira apabila hasrat tampil single akhirnya terlaksana. Ia sekarang sudah boleh ditonton di YouTube. Apa yang saya lakukan bukanlah untuk mengikut jejak langkah mana-mana pelakon tetapi lebih kepada minat saya sendiri yang tidak hanya tertumpu kepada berlakon semata-mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 6:39 AM