Tentera Afghanistan berkawal di lokasi serangan bom terhadap Konsulat Jerman di Mazar-e-Sharif, Afghanistan. - Foto EPA
Tentera Afghanistan berkawal di lokasi serangan bom terhadap Konsulat Jerman di Mazar-e-Sharif, Afghanistan. - Foto EPA
Agensi

Mazar-i-Sharif, Afghanistan: Jumlah korban akibat serangan bom kereta di Konsulat Jerman di sini, kini meningkat kepada tujuh orang dengan lebih 100 lagi cedera.

Serangan bom itu berlaku lewat semalam, yang didakwa Taliban sebagai membalas serangan udara tentera Amerika Syarikat di wilayah Kunduz menyebabkan 32 orang awam terbunuh, awal bulan ini.

Penyerang nekad merempuh keretanya pada tembok Konsulat Jerman,” kata pegawai polis Afghanistan Kamal Sadat.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Luar Jerman di Berlin, semua kakitangan konsulat itu terselamat

Mereka yang terbunuh ialah tujuh orang awam Afghanistan, termasuk dua penunggang motosikal yang ditembak mati tentera Jerman berdekatan konsulat itu selepas mereka enggan berhenti.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata serangan itu menyebabkan 10 terbunuh sebagai membalas serangan udara tentera bersekutu diketuai Amerika.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 5:16 PM