ANGGOTA tentera Afghanistan mempertingkatkan kawalan selepas berlaku serangan militan Taliban. FOTO EPA
ANGGOTA tentera Afghanistan mempertingkatkan kawalan selepas berlaku serangan militan Taliban. FOTO EPA
Agensi

Mazar-i-Sharif: Kira-kira 140 orang tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan Taliban yang menyamar dengan memakai pakaian seragam tentera, semalam.

Seorang pegawai di Mazar-i-Sharif, bandar di utara Afghanistan, tempat serangan itu berlaku berkata hari ini, ramai anggota cedera dalam kejadian itu. Pegawai lain berkata, angka kematian mungkin lebih tingi.

Pegawai Amerika Syarikat di Washington berkata sebelum ini, lebih 50 orang terbunuh dan cedera.

Kira-kira 10 militan Taliban yang mengenakan pakaian seragam tentera Afghanistan dan memandu kenderaan tentera, memasuki pangkalan tentera di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan, menyasarkan askar yang makan malam dan meninggalkan masjid selepas solat Maghrib, menurut pegawai.

Serangan dilakukan dengan raifal dan bom. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 2:39 PM