PRANSHU (tengah) disembah penduduk kampung. FOTO DM
PRANSHU (tengah) disembah penduduk kampung. FOTO DM
Agensi

Punjab: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun disembah sebagai jelmaan dewa Hindu oleh penduduk sebuah kampung selepas kecacatannya menyebabkan dahinya besar dan matanya sepit.

Pranshu dari kampung Jalandhar di negeri Punjab, India, dilahirkan cacat dan tidak boleh berjalan.

Bagaimanapun, penduduk kampung percaya dia jelmaan dewa Ganesha, yang digambarkan penganut Hindu dengan kepala gajah pada tubuh manusia serta dianggap pemberi rezeki.

Pranshu disembah penduduk kampung, termasuk gurunya yang akan menundukkan kepala mereka setiap kali berdepan dengannya.

Setiap Khamis, dia akan duduk di luar kuil di kampungnya untuk merestui orang ramai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 7:35 AM