RUMPAI laut merah yang dibawa oleh ombak dan terdampar di Pantai Tanjung Gelam. FOTO Rozainah Zakaria
RUMPAI laut merah yang dibawa oleh ombak dan terdampar di Pantai Tanjung Gelam. FOTO Rozainah Zakaria
AHMAD melihat rumpai laut merah yang terdampar di Pantai Tanjung Gelam. FOTO Rozainah Zakaria
AHMAD melihat rumpai laut merah yang terdampar di Pantai Tanjung Gelam. FOTO Rozainah Zakaria
BERNAMA

Kuala Nerus: Penduduk di kawasan berhampiran Pantai Tanjung Gelam, di sini dikejutkan dengan kehadiran rumpai laut berwarna merah yang membanjiri hampir 300 meter kawasan itu sejak Jumaat lalu.

Keindahan pemandangan pantai yang luar biasa itu bagaimanapun mengganggu penduduk setempat berikutan baunya hanyir.

Seorang kanak-kanak yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 10, berkata, beliau antara orang terawal yang melihat keadaan pantai itu dan terkejut apabila melihat warna merah sedemikian.

"Tak pernah jadi macam ini, walaupun dekat musim tengkujuh... selalunya saya jumpa rumpai laut bewarna putih sahaja," katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk Maizon Embong, 63, berkata, pada mulanya menyangka sampah bertaburan di pantai itu namun setelah mendekatinya barulah ia kelihatan rumpai laut.

Maizon berkata, penemuan itu disedari kira-kira 12 tengah hari Jumaat lalu setelah terhidu bau hanyir dari kawasan pantai yang terletak hampir 50 meter dari belakang rumahnya.

"Pada mulanya kami (beliau sekeluarga) mengesan bau hanyir dan bila menghampiri gigi air kami melihat seperti rumpai laut memenuhi kawasan pantai berhampiran rumah.

"Namun semalam tompakan merah itu semakin banyak terdampar di pesisir pantai berkenaan," katanya yang mengakui bahawa ia pengalaman pertama sejak tinggal di kawasan itu sejak 10 tahun lalu.

RUMPAI laut merah yang dibawa oleh ombak dan terdampar di Pantai Tanjung Gelam. FOTO Rozainah Zakaria
RUMPAI laut merah yang dibawa oleh ombak dan terdampar di Pantai Tanjung Gelam. FOTO Rozainah Zakaria

Jelasnya walaupun hampir saban tahun kawasan itu dilanda fenomena air pasang besar namun tidak pernah rumpai seperti itu naik ke darat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran di kawasan lain hingga menyebabkan rumpai itu terdampar.

"Saya juga hairan dari mana datangnya benda ini dan punca ia terdampar di kawasan itu... biasanya rumpai laut yang ditemui bewarna hijau atau putih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:06 PM