IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Simunjan: Pengawal keselamatan SK Sungai Lingkau, di sini, terkejut apabila mendapati buaya di pintu pagar sekolah, malam tadi.

Buaya 2.4 meter itu ditemui pengawal terbabit ketika ingin keluar membuat rondaan di kawasan sekolah dan mendapati reptilia itu berada dalam kawasan pagar di pintu masuk.

Pengawal terbabit kemudian menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan, pada 9.47 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan ke lokasi kejadian.

“Buaya itu kemudian ditarik ke kawasan lapang dan diikat. Buaya akan diserahkan kepada SFC (Perbadanan Perhutanan Sarawak) untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 9:05 AM