ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan. FOTO ihsan Bomba/Polis
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan. FOTO ihsan Bomba/Polis
KEADAAN kereta selepas kemalangan. FOTO ihsan Bomba/Polis
KEADAAN kereta selepas kemalangan. FOTO ihsan Bomba/Polis
Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Suami isteri maut manakala anak perempuan mereka parah selepas kereta dinaiki bertembung sebuah lagi kereta di Jalan Besar FELDA Serting Hilir-Pulapol Air Hitam, malam tadi.

Kemalangan 9 malam itu mengorbankan Nasrudin A Ghani, 53, dan isteri, Noridah Ahmad, 47, manakala anaknya, Nurin Najwa, 13, parah.

Turut parah, pemandu Proton Savvy, Muhammad Iqmal Alias, 20.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu Proton Savvy dari Tembangau dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata, akibatnya, kereta terbabit merempuh Proton Saga dinaiki tiga beranak.

"Rempuhan itu mengakibatkan suami isteri maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota lain," katanya.

Noorzainy berkata, mayat suami isteri dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala mangsa parah menerima rawatan di hospital sama.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 12:07 AM