Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Sekurang-kurangnya RM380,000 diperuntukkan buat 380 mangsa banjir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Bangunan Penyelaras UMNO Seberang Takir, di sini, hari ini.

Kesemua mangsa menerima bantuan RM1,000 setiap keluarga yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Bantuan itu membabitkan RM500 yang diberikan kerajaan negeri manakala baki RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ahmad Razif berkata: “Bantuan itu diharapkan dapat meringankan beban kesemua mangsa yang menghadapi kerosakan dan kerugian akibat bencana ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:52 PM