ABAM. FOTO Shiraz Ali
ABAM. FOTO Shiraz Ali
Syafil Syazwan Jefri


Bagi kebanyakan pelakon, mereka menyimpan impian untuk berlakon teater kerana bergelar pelakon teater, ada kepuasan berbeza yang dirasakan.

Bagi pelawak dan pelakon, Abam, peluang berlakon dalam pementasan teater muzikal Mak Cun D’Walei tentunya tidak akan dilepaskannya.

“Ini kali pertama saya akan berlakon dalam pementasan teater. Paling menarik dalam pementasan teater itu, saya bukan saja perlu berlakon, tetapi juga menyanyi, menari dan bermain dengan pelbagai emosi,” katanya.

Ditanya sama ada dia berasa gemuruh untuk menjadi salah seorang pemain dalam teater muzikal itu, Abam mengakui gementar.

“Rata-rata, pelakon yang terbabit dalam teater ini daripada kalangan mereka yang berpengalaman. Tentunya saya gementar kerana rasa sangat kerdil dengan aura mereka yang begitu kuat,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 7:45 AM