Surat kontrak Dunne dikirim kawan cucu Dunne. (Gambar) Pogba dan Dunne. FOTO EPA
Surat kontrak Dunne dikirim kawan cucu Dunne. (Gambar) Pogba dan Dunne. FOTO EPA
Daily Mail

Manchester: Impian merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Manchester United membelanjakan sebanyak £100j (RM513 juta) untuk mendapatkan Paul Pogba pada jendela perpindahan.

Apa lebih menarik pemain Perancis itu dibayar gaji oleh kelab itu sebanyak £300,000 (RM1.5 juta) seminggu.

Mari kita lihat pada 1965 ketika kelab terbabit mendapatkan khidmat pemain penting skuad yang akhirnya mencipta kejayaan menjuarai Divisyen Satu (FD) musim itu dengan hanya menerima gaji sebanyak £35 (RM180) seminggu.

Pemain terbabit tidak lain penjaga gol Republik Ireland Pat Dunne - mengikat kontrak bersama United daripada Shamrock Rovers dengan nilai perpindahan sebanyak £10,500 (RM54,000) pada 1964.

Angka itu memadai untuk kontraknya disahkan pada April tahun berikutnya.

Kontrak lanjutan selama dua tahun dengan gaji £35 seminggu itu didedahkan salah seorang cucu Dunne dan imej dikirim oleh seorang rakan ke dalam Reddit.

Surat daripada setiausaha kelab United dengan penuh sopan menyatakan hasrat Red Devils untuk mendapatkan penjaga gol Ireland itu serta lanjutan kontraknya sebelum menjemputnya untuk membincangkan rundingan bersama pengurus kelab ketika itu, Sir Matt Busby.

Surat itu antaranya berbunyi: ‘Berpandukan kepada Liga Bola sepak dan Peraturan Persatuan Bola Sepak saya merayu untuk menasihatkan anda, kelab berminat mengekalkan khidmat dan berhasrat menawarkan kontrak selama dua tahun dengan syarat disertakan bersama dengan pilihan dua tahun lagi seperti dilampirkan dalam perjanjian baru’.

Kontrak dua tahun itu membuktikan aksi akhir Dunne di United pada 1967 dan kemudian dijual kepada Plymouth dengan nilai £5,000 (RM25,600).

Dari situ, dia kembali ke Shamrock di tempat asalnya dan beraksi 150 sebanyak perlawanan lagi sebelum namanya dimasyhurkan dalam dewan kelab itu pada musim 1997-98 dan kemudian menjadi jurulatih penjaga gol pada 2004.

Pat meninggal dunia akibat sakit pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 3:06 PM