Sanchez mahu sertai kelab dikendali Pep. FOTO AFP/Reuters
Sanchez mahu sertai kelab dikendali Pep. FOTO AFP/Reuters
The Sun

ALEXIS Sanchez menolak gaji sebanyak £400,000 (RM2.2 juta) seminggu ditawar sebuah kelab China sebaliknya bersedia untuk berhijrah ke Manchester City.

Pemain yang memberontak dengan kontrak baru ditawar Arsenal itu juga enggan menerima tawaran Hebei China Fortune dalam perpindahan dianggap sebagai duit mega.

Penyerang Chile itu berterus terang mahu berganding bersama bekas jurulatihnya ketika bersama Barcelona, Pep Guardiola di Etihad apabila dia meninggalkan Gunners.

Kontrak tawaran kelab Asia itu mencipta nilai fenomena £21 juta (RM114 juta) setahun selepas cukai andai Sanchez bersetuju.

Itu bermakna dia perlu mendapat sekurang kurangnya £800,000 (RM4.4 juta) seminggu bagi jumlah sama jika beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di England.

Kontrak Sanchez berakhir Jun depan dijangka tidak akan menerima nilai wang sebanyak itu di Etihad atau mana mana kelab di England tetapi bertekad mahu beraksi bersama pendahulu EPL itu.

City sebelum ini menjangka mereka sudah mendapat pemain Amerika Selatan itu pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu tetapi tidak menjadi.

Arsenal bersedia menerima tawaran sebanyak £55j (RM300 juta) diletakkan City termasuk £5j (RM27.2 juta) untuk tambahan lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2017 @ 7:04 PM