DR SHUREEN menunjukkan gambaran awal Makmal Terapi Landskap
DR SHUREEN menunjukkan gambaran awal Makmal Terapi Landskap
KAWASAN yang mempunyai banyak pokok memaparkan situasi positif iaitu peningkatan kepada kesihatan metabolik.
KAWASAN yang mempunyai banyak pokok memaparkan situasi positif iaitu peningkatan kepada kesihatan metabolik.
ANTARA terapi yang memberikan ketenangan sepanjang masa.
ANTARA terapi yang memberikan ketenangan sepanjang masa.
ELEMEN air juga sinonim dengan landskap semula jadi.
ELEMEN air juga sinonim dengan landskap semula jadi.
Hartini Mohd Nawi


Berada dalam panorama landskap semula jadi biar pun seketika menawarkan ketenangan atau dalam erti kata lain memberi bantuan kepada otak yang menghadapi tekanan keterlaluan.

Ini kerana otak mudah terdedah untuk melakukan kesilapan jika menjalankan pelbagai tugas dengan pelbagai gangguan.

Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Shureen Faris Abdul Shukor berkata, terdapat kajian membuktikan landskap antara penyumbang utama membantu seseorang kembali cergas atau sihat.

“Sangat sukar untuk membincangkan beberapa hasil kajian mengapa terdapat tindak balas positif sebaik berada di persekitaran yang mempunyai landskap.

“Adakah disebabkan udara segar? Adakah sesetengah warna atau bentuk ‘fractal’ yang mencetus bahan kimia neuro pada ‘korteks’ pandangan?

“Mungkin juga anda yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan kawasan hijau lebih gemar melakukan senaman?” katanya.

Dr Shureen berkata, pendedahan kepada kawasan hijau sama ada secara langsung atau tidak boleh memberi pelbagai kebaikan kepada kesihatan mental masyarakat.

“Perjalanan selama 15 minit di kawasan hutan dilaporkan boleh menurunkan 16 peratus hormon tekanan, penurunan dua peratus tekanan darah dan empat peratus penurunan kadar dengupan jantung.

“Persekitaran semula jadi dibuktikan mempunyai potensi untuk mempengaruhi otak dalam mengurangkan gejala disebabkan emosi negatif,” katanya.

Memetik kenyataan daripada pakar psikologi kognitif dari Universiti Utah, Amerika Syarikat, David Strayer, apabila kita berada di persekitaran semula jadi, keadaan ini membenarkan ‘prefrontal contex’ atau pusat kawalan otak untuk berada dalam keadaan berehat.

“Di England pula, penyelidik dari Universiti Perubatan Exeter mengkaji data kesihatan mental 10,000 penghuni bandar menggunakan pemetaan beresolusi tinggi untuk mengesan kawasan responden yang dikaji tinggal sepanjang tempoh 18 tahun.

“Mereka mendapati penduduk yang tinggal berdekatan kawasan hijau dilaporkan kurang mengalami tekanan mental walaupun mengalami masalah yang mempengaruhi kesihatan seperti pendapatan berkurangan, isu pembelajaran dan tekanan pekerjaan,” kata Dr Shureen.

Pada tahun 2009 sekumpulan penyelidik Belanda mendapati penurunan dalam 15 jenis penyakit termasuk depresi, kebimbangan melampau, diabetes, asma dan sakit kepala dalam kalangan mereka yang tinggal kira-kira setengah batu dari kawasan hijau.

Sementara itu, pada tahun lalu sekumpulan penyelidik antarabangsa menggunakan kertas kaji selidik kepada kira-kira 31,000 penduduk Toronto berdasar kawasan yang didiami.

“Keputusan menunjukkan mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai lebih banyak pokok memaparkan situasi positif iaitu peningkatan kepada kesihatan metabolik.

“Penuruhan paras kematian akibat penyakit dan kurang hormon tekanan di dalam darah juga dikaitkan dengan tinggal berdekatan kawasan hijau,” kata Dr Shureen.

Makmal Terapi Landskap

Kumpulan penyelidik ‘Tropical Health and Design’ yang diketuai Dr Shureen kini dalam usaha membina sebuah Makmal Terapi Landskap di UPM yang boleh diguna pakai untuk kerja penyelidikan berkaitan kesihatan minda dan fizikal serta mempunyai ciri reka bentuk bersifat terapi.

Membabitkan penaung bersama Jabatan Landskap Negara (JLN), ia usaha sama dengan Department of Geoscience and Natural Resouce Management (IGN) dari University of Copenhagen, Denmark.

Antara pakar serta profesional yang terbabit ialah pereka bentuk serta pengasas Makmal Terapi di Alnarp, Sweden dan juga di Copenhagen (Makmal Terapi Nacadia & Octavia), Prof Ulrika K Stigsdotter.

Turut terbabit ialah Ulrik Sidenus Petersen, juga dari University of Copenhagen dan pakar dari Institut Gerentologi, Fakulti Perubatan, Pakar Rehabilitasi dan beberapa pakar lagi dari pelbagai latar belakang di UPM.

Cadangan mewujudkan Makmal Terapi Landskap ini untuk membantu mengatasi masalah gangguan mental yang makin serius dalam kalangan masyarakat negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 5:49 AM