Muhamad Ramzi diiringi anggota polis selepas didapati bersalah merogol kekasihnya dua tahun lalu. FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Muhamad Ramzi diiringi anggota polis selepas didapati bersalah merogol kekasihnya dua tahun lalu. FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Seorang pembawa bot pelancong dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol kekasih, dua tahun lalu.

Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah di akhir perbicaraan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Muhamad Ramzi Zulkifli, 21, didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Cherang Ruku, dekat Pasir Puteh, jam 10 malam, pada 15 Ogos 2014.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 3:27 PM