Ular tedung selar yang ditangkap APM. - Foto KAMAL MAJID
Ular tedung selar yang ditangkap APM. - Foto KAMAL MAJID
Kamal Majid


Kuala Krai: Seorang wanita berusia 38 tahun terkejut apabila menemui ular tedung selar dalam mangkuk tandas di rumahnya di Kampung Sungai Batu, Jelawang, pagi tadi.

Dalam kejadian 7 pagi itu, Zalma Sulung berada di dalam tandas untuk membuang air apabila ternampak ular berkenaan di dalam mangkuk tandas.

Dia memaklumkan kejadian kepada suaminya, Kamarzan Ismail, 42, yang kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Jeli untuk tindakan lanjut.

Pegawai APM Daerah Jeli Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.30 pagi, sebelum tiga anggota bersama sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, reptilia itu masih berada di dalam mangkuk tandas.

"Kami mengambil masa lima minit untuk menangkap ular berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 3:32 PM