FOTO ihsan Amir Naufal Photography
FOTO ihsan Amir Naufal Photography
FOTO ihsan Amir Naufal Photography
FOTO ihsan Amir Naufal Photography
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Dengan sekali lafaz, pelakon popular Saharul Ridzwan Hashim, 27,selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Qabilaa Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, dalam majlis tertutup yang berlangsung

Jam 9 pagi tadi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan ini selamat dinikahkan bapa Deena sendiri, Mohamed Akir Emir Ahmad Teruki dengan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua belah pihak.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran beserta mas kahwin sebanyak RM300 dan dibalas dengan tujuh oleh pihak perempuan.

Pasangan ini sepakatuntuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Menurut Saharul, dia berasa lega kerana segala perancangan untuk majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya.

"Saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik-baiknya," katanya.

Deena yang tampil manis dalam persalinan dari Wrap Boutique House juga bersyukur kerana majlis akad nikah berjalan seperti direncanakan.

"Semoga perkahwinan kami dilimpahi rahmat dan diberkati Allah S.WT,” katanya.

Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung pada jam 2.30 petang ini di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 10:59 AM