SAMPORNAK menunjukkkan bungkusan air ketum yang dirampas. FOTO Hatim Ab Manan
SAMPORNAK menunjukkkan bungkusan air ketum yang dirampas. FOTO Hatim Ab Manan
Nur Saliawati Salberi

[email protected]. my

Jasin: Tiga lelaki termasuk penjawat awam ditahan ketika memproses air ketum di belakang rumah kosong di Kampung Kelubi di sini, hari ini.

Dalam serbuan 1.30 pagi itu,kesemua suspek yang berusia 19 hingga 28 tahun gagal melarikan diri sebaik menyedari rumah berkenaan diserbu polis.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah terbabit pihaknya menemui 140 bungkus air ketum yang dianggarkan bernilai RM1,400 yang siap dibungkus serta peralatan digunakan.

"Kami percaya bekalan air ketum berkenaan adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah Jasin pada hari ini.

"Siasatan awal mendapati suspek baru sahaja beroperasi sejak sebulan lalu dan kami sedang kesan dari mana mereka mendapatkan bekalan daun ketum itu," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 12 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 5:03 PM