BANJIR kilat menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang. FOTO ihsan Pembaca
BANJIR kilat menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang. FOTO ihsan Pembaca
JALAN Lapangan Terbang sesak akibat banjir kilat. FOTO ihsan pembaca
JALAN Lapangan Terbang sesak akibat banjir kilat. FOTO ihsan pembaca
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Subang: Ratusan kenderaan di Jalan Lapangan Terbang, di sini, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selepas hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di kawasan itu 7.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, banjir kilat itu tidak membabitkan mangsa atau kemusnahan harta benda.

"Paras air setinggi 0.3 hingga 0.6 meter menyebabkan berlaku kesesakan di kawasan itu. Tambahan ia berlaku pada waktu puncak yang mana orang ramai keluar ke tempat kerja.

"Kerja-kerja menyelamat sudah digerakkan," kata jurucakap itu ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada memandu di kawasan itu sementara banjir kilat kembali pulih.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 11:14 AM