HUJAN lebat selama dua jam menyebabkan air naik antara 0.3 hingga 1 meter. FOTO  ihsan Bomba
HUJAN lebat selama dua jam menyebabkan air naik antara 0.3 hingga 1 meter. FOTO ihsan Bomba
Mohd Fadly Samsudin


Kajang: Lebih 50 rumah di Taman Ramal Desa dan Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, dinaiki air akibat banjir kilat, 3.45 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Selangor berkata, hujan lebat selama dua jam itu menyebabkan air naik antara 0.3 hingga 1 meter.

Menurutnya, paras air Sungai Ramal turut meningkat selepas menerima taburan hujan dengan bacaan 67milimeter.

"Paras air sungai yang tinggi ini menyebabkan air melimpah ke dalam longkang.

"Selain itu, banjir kilat ini juga berpunca dari pembetung yang dibina merentasi anak sungai oleh pemilik tanah persendirian di sini agak rendah serta terdapat banyak sampah sarap," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 11:03 PM