GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Helmy Abd Rahman Abdul Hamid


Kuala Terengganu: Kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai mandi sungai di Kampung Jeram Manir di sini, kira-kira 6 petang tadi.

Difahamkan, mangsa, Nurhafizul Izzat Hazahari, 11, dari Kampung Banggol Paradon, Manir, di sini, sebelum itu mandi sungai bersama tiga lagi rakannya, namun tiba-tiba kanak-kanak itu hilang dari pandangan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Badrul Hisam Mamat berkata, pihak bomba sampai di lokasi pada 5.03 petang dan memulakan kerja selaman pada 5.32 petang.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 6 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Selepas itu mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat," katanya menambah ketiga-tiga rakan mangsa selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 10:37 PM