AKSI Khairulnizam dalam perlumbaan acara laser di Maria da Gloria. FOTO AFP
AKSI Khairulnizam dalam perlumbaan acara laser di Maria da Gloria. FOTO AFP
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Dua pelayar negara Khairulnizam Afendy dan Nur Shazrin Latif gagal memperbaiki kedudukan selepas perlumbaan ketiga dan keempat Sukan Olimpik Rio di Marina da Gloria, sebentar tadi.

Kedudukan Khairulnizam yang menghuni tangga ke-36 keseluruhan selepas dua perlumbaan pertama, merosot ke tangga ke-40 daripada 46 pelayar dalam acara laser.

Khairulnizam, yang tampil kali kedua pada temasya Olimpik selepas London 2012, menamatkan saingan di tangga ke-40 dalam perlumbaan ketiga dan ke-33 dalam perlumbaan berikutnya.

Nur Shazrin yang beraksi dalam acara laser radial merudum satu anak tangga secara keseluruhan ke tangga ke-33 daripada 37 pelayar.

Dalam perlumbaan ketiga, dia berakhir di tangga ke-33 sebelum melonjak ke tangga ke-30 dalam perlumbaan keempat.

Kedua-dua pelayar masih mempunyai baik enam perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 11:15 AM