Khairulnizam di tempat ke-36 keseluruhan Selepas dua perlumbaan, dia berada di tangga ke-36 keseluruhan.
Khairulnizam di tempat ke-36 keseluruhan Selepas dua perlumbaan, dia berada di tangga ke-36 keseluruhan.
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Dua pelayar negara Khairulnizam Afendy dan Nur Shazrin Latif gagal menyerlah pada hari pertama perlumbaan temasya Sukan Olimpik Rio di Marina da Gloria, hari ini.

Khairulnizam hanya mampu menduduki tangga ke-38 pada perlumbaan pertama acara laser lelaki sebelum meningkat sedikit di tangga ke-33 pada perlumbaan kedua.

Selepas dua perlumbaan, dia berada di tangga ke-36 keseluruhan.

Nur Shazrin pula menghuni tangga ke-32 keseluruhan selepas hari pertama saingan apabila mengakhiri perlumbaan pertama di tangga ke-26 dan ke-33 pada perlumbaan berikutnya.

Kedua-dua pelayar masih ada baki lapan perlumbaan dalam tempoh lima hari akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 11:53 AM