NOH Omar diiringi Wan Mohd (dua kiri) ketika lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
NOH Omar diiringi Wan Mohd (dua kiri) ketika lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama syarikat TPG Aeronautik Sdn Bhd hari ini menandatangani kontrak perolehan bagi dua helikopter Agusta Westland (AW189) buatan Itali untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, pembelian dua helikopter berkenaan membabitkan kos RM201 juta serta mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dengan unit pertama dijangka siap pada Ogos tahun depan manakala, unit kedua pada April 2018.

"Kelengkapan bantuan udara ini yang akan digunakan JBPM adalah untuk memberi perkhidmatan cekap dan berkesan di seluruh negara tanpa batasan masa dan geografi.

"Selain itu, helikopter ini turut digunakan sebagai bantuan udara kepada agensi lain yang memerlukan perkhidmatan itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau menyaksikan majlis menandatangani kontrak perolehan dengan KPKT diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohammad Mantek manakala, TPG Aeronautik Sdn Bhd diwakili Pengarahnya,Tengku Ezrique Ezzuddean A Esfandiari.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 4:29 PM