ABDUL Rahman (dua dari kanan)  menyampaikan sijil pelantikan kepada   penerima, Mohd Abd Razak Salleh, pada Majlis pelancaran Pegawai Bomba Bantuan MOSAR.
ABDUL Rahman (dua dari kanan) menyampaikan sijil pelantikan kepada penerima, Mohd Abd Razak Salleh, pada Majlis pelancaran Pegawai Bomba Bantuan MOSAR.
Oleh Ardyhansah Amat

Ranau: Seramai 20 malim Gunung Kinabalu dilantik menjadi Ahli Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mencari Dan Menyelamat Di Gunung (MOSAR), di sini, semalam.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pelantikan PBB dikalangan malim gunung membolehkan situasi kecemasan di kawasan tanah tinggi dikendalikan dengan cepat seterusnya mencerahkan peluang kejayaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

“Seperti SMART Team dan MARS, MOSAR sudah lama diwujudkan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), namun yang pertama membabitkan PBB malim gunung.

“Kita akan menjadikan Balai Bomba dan Penyelamat Ranau sebagai pusat kecemerlangan dalam kursus MOSAR sekali gus menjadi rujukan JBPM di seluruh negara dalam operasi SAR di kawasan pergunungan atau tanah tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PBB MOSAR dan Penyampaian Sumbangan Serta Apresiasi Para Penyelamat JBPM, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPKT Datuk Mohammad Mentek, Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 8:18 AM