PUTRAJAYA 07 DECEMBER 2016. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar melancarkan Portal YB Tan Sri Noh Omar sempena Majlis Malam Media KPKT 2016 bertemakan Hollywood vs Bollywood di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut sama Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mentek (kiri) dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.

Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Lebih 500 pengamal media memeriahkan Malam Media Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini malam ini.

Majlis bertemakan 'Hollywood VS Bollywood, Night Of Superstar' itu dihadiri oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar dan timbalannya, Datuk Halimah Sadique.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPKT Datuk Mohammad Mantek dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Bhd Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

Noh dalam ucapannya berkata, beliau berterima kasih kepada pengamal media kerana menjadi medium bagi melaporkan kisah dan kejayaan serta pencapaian diraih kementeriannya.

"Saya berharap majlis ini dapat merapatkan hubungan warga kementerian dengan pihak media di negara ini," katanya.

Pada majlis sama, Noh turut melancarkan laman web peribadinya https://nohomar.my yang memaparkan berita dan rangkuman terkini mengenai dirinya berkaitan pimpinan politik di Selangor dan sebagai Menteri KPKT.

Dalam pada itu, malam media berkenaan turut menampilkan kumpulan muzik dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang menggunakan bahan terbuang dan kitar semula sebagai peralatan muzik.

Malam mesra media berkenaan dihoskan oleh Shahrol Shiro dan Black Hanifah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 10:22 PM