KHAIRUL Hafiz (dua kanan) memecahkan rekod kebangsaan bagi acara pecut 100 meter. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KHAIRUL Hafiz (dua kanan) memecahkan rekod kebangsaan bagi acara pecut 100 meter. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Saiful Affendy Sapran dan Ferzalfie Fauzi


Kuching: Pelari pecut dari Melaka, Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod kebangsaan menerusi acara 100 meter dengan catatan 10.18 saat pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Sarawak, hari ini.

Khairul memperbaharui rekod kebangsaan 10.30 saat yang dipegang selama 18 tahun oleh Watson Nyambek dari Sarawak.

Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah Jonathan Nyepa dengan cacatan 10.36 saat.

Sementara gangsa dimenangi Badrul Hisyam Abdul Manap, juga dari Melaka dengan catatan 10.36 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 4:36 PM