KUARTET China meraikan kemenangan mereka.  FOTO AFP
KUARTET China meraikan kemenangan mereka. FOTO AFP
Syafiq Aznan

Hangzhou: Kuartet 4x100meter (m) lelaki negara menamatkan saingan di tangga kelima acara 4x100m Sukan Asia 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Kuartet negara dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu melakukan catatan 39.19 saat.

Hanya sedikit memisahkan rekod mereka dengan rekod kebangsaan kerana rekod kebangsaan ketika ini 39.09 saat yang dilakar pada temasya Sukan Sea Hanoi, tahun lalu.

Pingat emas dimenangi China dengan catatan 38.29 saat sementara kuartet Jepun dengan catatan 38.44 saat memenangi pingat perak.

Gangsa menjadi milik Korea Selatan dengan catatan 38.74 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 9:42 PM