MENGGABUNGKAN konsep nostalgia dengan sentuhan fesyen kontemporari.
MENGGABUNGKAN konsep nostalgia dengan sentuhan fesyen kontemporari.
Hartini Mohd Nawi


Carlo Rino menjemput anda untuk melangkah dalam dunia denim dengan Koleksi Denim Staple, sebahagian daripada Siri Musim Luruh/Sejuk 2023.

Koleksi ini menggabungkan konsep nostalgia dengan sentuhan fesyen kontemporari dengan menawarkan pelbagai rekaan denim yang mencerminkan kreativiti dan individualiti.

Disuntik daripada elemen fesyen awal 2000-an, setiap perincian dalam koleksi ini menampilkan reka bentuk penetapan trend yang menyerlahkan lagi elemen fesyen terkini.

Semestinya menjadi item pilihan utama dengan identiti 'bold & fearless', Denim Shoulder Tote Bag adalah beg hobo pilihan bagi setiap penggemar fesyen, ditambah pula aura item itu yang diserlahkan dengan perincian cetakan berbentuk berlian.

Menerusi gabungan elemen gaya dan fungsi, reka bentuknya menjadi signifikan bagi 'trendsetter' moden.

Turut menjadi tumpuan, Denim 2-Way Shoulder Bag yang tampil sebagai aksesori wajib pengikut trend terkini. Selain rekaan memukau yang selaras dengan pegangan rantai dan perkakasan sepadan.

Dengan perhiasan tali boleh laras yang boleh ditanggalkan, ia membolehkan penggayaan yang fleksibel daripada beg bahu kepada 'crossbody', bagi memastikan anda sentiasa menjadi penggerak fesyen yang versatil.

MELENGKAPKAN padanan gaya anda.
MELENGKAPKAN padanan gaya anda.

Denim Top-Handle Bag pula adalah pengekalan sempurna gaya dan praktikaliti jenama ini.

Sama ada menggayakan pakaian untuk bersiar-siar atau ke majlis glamor, item ini mampu menjadikan anda tumpuan utama dengan menyerlahkan daya tarikan yang anggun dan elegan.

Denim Crossbody pula adalah bukti cita rasa yang sempurna dari Carlo Rino.

Menghidupkan lagi semangat yang riang dalam pakaian harian anda, Denim Barrel Bag dilihat pilihan sesuai bagi penggemar fesyen.

Reka bentuk berbentuk barel, konstruksi yang lembut dan ringan, menjadikannya aksesori serba guna untuk menyempurnakan pakaian anda.

Bagi yang mencari item fesyen 'hands-free', Denim Backpack dikatakan menjadi pilihan utama dengan menampilkan cetakan berbentuk berlian dan kulit berona putih dua warna serta kemasan denim gelap.

Beg ini pastinya mencuri perhatian ramai ketika anda meneroka kesibukan bandar atau pengembaraan menyeronokkan.

MEMBERIKAN keyakinan ketika melangkah.
MEMBERIKAN keyakinan ketika melangkah.

Denim Card Case pula aksesori penting bagi yang mengikuti trend fesyen terkini. Dihiasi dengan cetakan denim, ia memberikan sentuhan gaya kontemporari.

Konstruksinya yang lembut dan ringan, bersama dengan siluet segi empat, memastikan gabungan sempurna antara gaya dan praktikaliti.

Sama ada dibawa dengan tangan atau dipadankan dengan mana-mana beg koleksi Denim, Denim Card Case dengan mudah mampu menambahkan personaliti dalam gaya harian anda.

Melengkapkan Koleksi Denim Staple, Carlo Rino turut menampilkan Denim Synthetic Leather Sneakers dan Denim Synthetic Leather Sandals.

Pilihan kasut penuh gaya ini menampilkan elemen denim yang mencuri perhatian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2023 @ 7:02 AM