GAYA minimalis mampu bertahan lama,  sesuai digayakan di mana saja.
GAYA minimalis mampu bertahan lama, sesuai digayakan di mana saja.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Banyak bermain dengan warna pastel bagi koleksi terbarunya kali ini, jenama Charles & Keith nyata menghasilkan gaya minimalis yang mampu bertahan lama dan sesuai digayakan di mana saja.

Fesyen kontemporari yang memperlihatkan gaya sentiasa muda, koleksi berkenaan menggunakan warna lembut seperti putih, biru, asli, coklat dan merah, yang mudah disuai padan.

Koleksi kasutnya terdiri daripada sandal berenda, sandal sarung, kasut bertapak tebal dan stileto yang kukuh dan mampu bertahan lama.

Ia menggabungkan keseimbangan gaya feminin dan keberanian karakter melalui penampilan seksi, tetapi pada masa sama nampak tegas.

Antara rangkaian kasut terbarunya ialah sandal tapak tebal, tapak tumit melengkung, kasut sarung, sandal sukan dan terompah kayu.

Koleksi beg terbarunya pula adalah beg bowling, timba, kad, hobo, bimbit, sandang, tote serta beg duit dan genggam.

Koleksi kali ini juga menampilkan tali pinggang, cermin mata hitam, gelang dan cincin bagi menambah gaya wanita.

Produk terbaru daripada jenama itu boleh didapati di Aeon Ipoh, AEON Tebrau City, Komtar JBCC, Imago KK Times Square Kota Kinabalu, Dpulze Cyberjaya Shopping Centre Cyberjaya, Alamanda Putrajaya, Cheras Leisure Mall, Fahrenheit88 Kuala Lumpur, KLCC, Mid Valley Megamall, Nu Sentral, Pavilion KL, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, 1st Avenue Pulau Pinang dan Gurney Plaza Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:01 AM