KARYA seni percetakan menggunakan teknik 'silk screen'.
KARYA seni percetakan menggunakan teknik 'silk screen'.
ANTARA arca yang dipamer menggunakan kulit kayu.
ANTARA arca yang dipamer menggunakan kulit kayu.
HASIL lukisan figuratif memaparkan imaginasi kanak-kanan disleksia.
HASIL lukisan figuratif memaparkan imaginasi kanak-kanan disleksia.
PELAJAR bergambar kenangan bersama Koordinator Program Jabatan Seni Halus FSSR UiTM Shah Alam Mohd Suhaimi Tohid (duduk lima dari kiri).
PELAJAR bergambar kenangan bersama Koordinator Program Jabatan Seni Halus FSSR UiTM Shah Alam Mohd Suhaimi Tohid (duduk lima dari kiri).
Nor Hanisah Kamaruzaman


Bagi anda yang mempunyai kelapangan pada minggu ini pastikan tidak ketinggalan berkunjung ke Pameran Emerge dan menghayati pelbagai hasil seni dipamerkan.

Seramai 50 pelajar tahun akhir Jabatan Seni Halus Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam terbabit dalam pameran berkenaan yang sudah bermula awal minggu ini dan berakhir pada 22 Julai ini.

Sebanyak 250 karya dipamerkan menampilkan pelbagai genre dan jurusan seni seperti lukisan, arca, arca seramik dan pencetakan semestinya menawarkan keunikan kepada penonton.

Pelajar tahun akhir, Farhah Aqmar Amiruddin berkata nama pameran berkenaan dipilih kerana maksud perkataan itu sendiri bertepatan melambangkan kumpulan pelajar berkenaan.

“Nama pameran ‘Emerge’ dipilih kerana perkataan itu membawa erti ‘muncul’ atau ‘timbul’ yang sangat sesuai dengan kami yang masih baru dan bakal melangkah ke dalam bidang seni,” katanya.

Pameran dengan tema bebas itu memberi peluang kepada pelajar untuk menampilkan karya mengikut identiti dan dan inspirasi mereka yang tersendiri.

Penulis berkesempatan menemu bual beberapa pelajar untuk mengetahui inspirasi dan idea di sebalik penghasilan karya mereka.

Rata-rata pelajar menjadikan kisah lampau dan pengalaman peribadi dan orang di sekeliling mereka sebagai inspirasi dan secara tidak langsung menjadikan karya yang dihasilkan lebih dekat dan bermakna buat mereka.

Penonton juga pasti tidak jemu melihat dan menghayati hasil seni dari barisan artis muda berkenaan kerana medium dan teknik yang diketengahkan adalah pelbagai.

Semua karya mengambil masa sekitar 14 minggu untuk disiapkan termasuk proses mengeluarkan idea, membuat kajian sehingga menyiapkan hasil seni.

INFO

PAMERAN EMERGE (Berkumpulan, 50 pelajar tahun akhir Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM)

- Jumlah karya: 250

- Tarikh: 18 hingga 22 Julai 2016

- Lokasi: Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam, Selangor

- Masa: 10 pagi hingga 5 petang

- Telefon: 017-879 9269 (Farhah)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 10:07 AM