Sepanjang 16 tahun memahat nama sebagai pelakon, Abishek Bachchan terus disanjung ramai.

Ramai remaja menjadikannya ikon kerana mampu menangani setiap cabaran dengan tenang. Dia juga dikenali sebagai pelakon paling ‘cool’ dalam industri.

Mewarisi bakat seni dan karisma bapanya, Amitabh Bachchan, aktor itu juga mempunyai pesona yang menarik, bijak dan pandai bergaya. Dia ‘trendsetter’ dalam dunia fesyen.

Memiliki susuk tubuh tinggi lampai, dia segak memakai apa sahaja termasuk suit dan persalinan tradisional India.

Abhishek sangat mementingkan penampilan, sesuai dengan statusnya sebagai suami kepada bekas Ratu Cantik Dunia dan aktres jelita, Aishwarya Rai.

Mengenai karier lakonan pula, dia mampu menghidupkan apa sahaja watak termasuk komedi. Ia terbukti menerusi filem komedi Bol Bachchan dan Happy New Year.

Falsafah hidup Abhishek cukup mudah iaitu kejar impian, lakukan sesuatu yang disukai dan pastikan keluarga bahagia.

Menurut Abishek, itulah maksud sebenar kejayaan dalam hidupnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 11:04 AM