Najiy Jefri

Pelakon Abishek Bachchan menyelar segelintir pihak yang mendakwa berlaku pertengkaran antara dia dan isteri, Aishwarya Rai ketika mereka tiba di Mumbai, India selepas pulang bercuti.

Perkara itu diluahkannya menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Twitter baru-baru ini.

“Tolong berhenti sebarkan cerita tak benar,” tulisnya.

Terdahulu, satu video memaparkan pasangan itu bertengkar di lapangan terbang.

Difahamkan, Aishwarya cuba menghalang anaknya, Aaradhya, 7, memegang tangan Abhishek sebelum bapanya berlalu pergi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 1:00 PM