REBECCA Sta Maria ketika keluar dari Menara MITI
REBECCA Sta Maria ketika keluar dari Menara MITI
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria menamatkan perkhidmatan dan bersara daripada jawatan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini setelah berkhidmat sejak 2010 di Kementerian berkenaan.

Rebecca memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dalam sektor awam sejak 1981 dan telah berkhidmat dalam pelbagai kementerian utama sebelum dipindahkan ke MITI.

Pada 1988, beliau terpilih sebagai Ketua Pentadbiran dan Pegawai Perolehan untuk Pusat Latihan dan Kuarantin ASEAN sekali gus membuktikan keupayaan beliau yang cekap dalam urusan pentadbiran awam.

Beliau juga aktif terbabit dalam segala usaha untuk meningkatkan keupayaan dalam rantau ASEAN dan ia terbukti apabila pada 2006, Rebecca mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN (SEOM) dan baru-baru ini mengetuai Tugas-Tugas Khas Peringkat Tinggi ASEAN bagi program Integrasi Ekonomi.

Antara peranan utama lain yang menjadi fokus Rebecca adalah Naib Pengerusi untuk Forum Ekonomi Dunia, Majlis Agenda Global bagi rantau Asia Tenggara.

Beliau akan digantikan oleh Datuk J Jayasiri yang memegang jawatan sebagai Timbalan KSU (Strategi dan Pemantauan) MITI bermula 4 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 6:52 PM